Wednesday 13 March 2013

panggilan malam tadi

aku bangun lewat pagi nih. biasa dengan sikap aku yang biasa ini. bangun bangun, aku mempersiapkan diri, buat apa yang patut. actually aku tade kelas hari ini. kelas malam jee, tu pon kompang. haha. yeahh, aku amek kokurikulum kelab kompang. memang enjoy.

selepas itu, perut aku berbunyi, mintak diisi. aku lihat nasi semalam ngn ikan keli panggang yang aku tak bersentuh tuh. aku rasa nasi nya still baik lagi. ikan keli tuh aku buang. dah ta elok untuk dimakan. kemudian, aku goreng telur. so lauk tengahari aku telur goreng+ nasi putih. aku ta kisah pon makan lauk macam nih. sebab aku tengah tade selera na makan. aku bukan mengada, tapi, kalau perut aku kata tidak, tidak larh. haha.

aku duduk termenung dalam bilik seorang diri. aku teringat pasal semalam. aku call ibu. :) cerita pasal family nih mesti buat aku tersenyum seorang diri. haha. apalah kan. aku bertanyakan khabar juga bercerita sedikit tujuan aku menelefon. aku mendengar gelak tawa ibu dihujung talian. kemudian aku berbual pula dengan abah, tentang urusan bank. selepas itu aku berbual dengan Fadhilah. aku tanya kan, buku yang aku belikan untuk dia itu. bagus ke ta ? selepas itu, zakwan pula mendengar suara aku ditalian. petah sungguh kanak kanak itu bercakap dengan aku. haha. aku bergurau senda dengan zakwan. macam macam aku tanya kan kepada nya.

pada mulanya ibu bercerita tentang karenah zakwan semasa ketiadaan ibu dirumah ketika menghantar adik adik lain ke sekolah. zakwan mengasah pensel dan pensel warnanya sehingga pendek. hahaha. maklumlah, dapat penggorek baru yang aku kirimkan kepada abah untuk zakwan. untunglah kan. berbagai ragam zakwan yang ibu ceritakan. aku bergurau dengan zakwan tentang pengorek pensel itu.

kemudian aku berbual pula dengan hakim. aku bertanyakan tentang hal sekolahnya. :) anis pula seorang pemalu. aku tak rasa dia akan menjawab panggilan aku, hanya mendengar dengusan nafasnya dihujung talian. hahaha. adik adik aku, itulah mereka.

ohh. untuk majlis anugerah dekan hari ini, aku tak pergi.

woahhh, hari yang sungguh tenangg. :)

No comments:

Post a Comment