Tuesday 12 March 2013

rindu

aku baru lepas bangun dari tidur. rasa nyaa aku semakin sihat. tapi hari ini aku tak makan macam biasa. aku hanya bersarapan pagi dan makanan tengahri yang aku bungkus tadi tak bersentuh lagi. kali ini aku memang jimat. sedih juga, kenapa dengan perut aku ini. selalu nya kalau time macam ini, dia mesti dah mintak makan yang pelik pelik.

aku bangun jee, aku terus lepak di bilik nana. bertanya kan dia sedang buat apa. bersahaja aku mengajak dia, "Nana, jom jogging petang petang nih. " tak lama lepas tuh aku fikir balik. tak pernah pernah aku suka jogging, aku ajak orang jogging. pelik. ahhhh . aku ingin sahaja menarik balik kata kata aku tadi. namun, tak apalah, sekiranya memang takdir aku untuk berjogging. hahaha.

kini aku bersendirian dalam bilik, sambil teringat kan sesuatu. sesungguhnya aku rindu ibu, adik adik aku di Pontian, Johor. Ya Allah, sudah lama aku pendamkan perasaan rindu ini. setakat yang mampu aku buat, hanya menghubungi ibu, adik adik melalui talian telefon. betul kata salah seorang lecturer aku, "Penawar yang paling baik, adalah suara ibu. " :)

selepas aku menelefon ibu, aku kembali ceria. itulah setiap kali yang aku akan lakukan untuk mengembirakan hati aku sendiri.  aku tak perlu bercerita apakah masalah aku kepada ibu, tapi cukuplah mengetahui ibu sihat, dan mendengar gelak tawa nya dihujung talian itu sambil dicelahi suara adik adik kecilku. hahaha. comel.

kalau aku tengok gambar nih, mesti aku na gelak seorangg. comelkan mereka ? ini gambar semasa aku cuti panjang baru baru ini. :)

 haha. dari kiri, hakim, anis , zakwan dan Fadhilah. ini semua poyo !
 arghhh, rasa macam na call dorang sekarangg !
ibu. :) sayangg ibu.

No comments:

Post a Comment