Tuesday 5 November 2013

kisah adik aku, hakim

adik aku asyik ketawakan aku jeee bila dapat tahu blog aku nama WANI KUIKUI. okee, lawak ke sebenarnya ? i dont think so... sooo, adik aku memang nak kena nih. grrrr.

Wednesday 8 May 2013

sayang ibu larh

sepanjang minggu lepas, aku plan baik ponyer. haha. aku stay rumah kak mi, dah lama aku tak sembang sembang dengan dia. dapat satu malam pon dua tiga pagi baru tidur. haha. aku memang suka usik kak mi. bagi aku, kak mi memang best. hehe ! lepas tuh, aku plan na balik rumah ri jumaat after anta kak mi and kak ina kat MC (malacca central) . 

aku ingat ibu balik ri jumaat.huhu. sedih bile dapat berita ibu dengan adik adik balik ri sabtu. so tinggal aku berdua jee dengan abah. malam tuh, kami makan nasi briyani gam. banyak yang aku kongsikan dengan abah. haha. abah nih cool tahu. lw dengan anak dia, dia memang slumber. boleh jadi kawan. aku banyak mintak pendapat abah dan sedikit nasihat untuk aku ikut memandangkan reputasi aku dalam akademik semakin menurun. lw aku rajin, aku dahh buat graf dahh untuk korang tguk menurunnya reputasi aku tuh macam mana. 

tunggu ponyer tunggu, ibu pon balik. aku tersenyum. tapi aku tak tunjuk kat ibu, aku senyum lw ibu tak nampak. haha. aku angkat barang dari kereta naikke rumah. aku kemas barang di dapur, and aku terus cari makanan untuk makan tengahri. rezeki aku memang banyak ri uhh. ibu masakkan aku nasi tomato and ibu bawakkan buah tangan (mangga , buah kegemaran aku ) semata-mata untuk aku seorang. hahaha. 

lepas tuh, ibu ajak gy mydin, tapi ta jadi, ibu kata jauh sangat, ibu penat, so aku ajak ibu jalan jalan kat pasar malam. aku tunjuk ibu beli, aku mintak ibu bagi. wahhh ! best nyee macam gini. aku tahu, ibu sangat rindukan aku. sebab aku antara anak dia yang susah na jumpa. kecuali cuti sem, cuti panjang. baru nampak kelibat aku kat rumah. ta sangka plak, aku boleh bertembung dengan Farahizzah, budak kelas aku time aku sekolah teknik dulu. dia pon terkejut tguk aku. haha. mesti dia ta sangka, aku still stay sini. :p

malam tu plak, ibu masak sedap. hari hari lahh makan sedap. sekali sekala. hehehe. esok hari nye, ibu ajak gy beli baju raya kat tangkak. beli kain pasang jeee. nak warna sedondon tahun nih. abah pon dapat baju melayu baru jugak. ibu belikan. memandangkanpakcik aku na kahwin bulan oktober nih, tu yang ibu semnagta sikit. haha. memang susah lw jalan ngn ibu, ade jeee ta kena. ibu cerewet sikit lw bab memilih na membeli. bagi ibu, biar puas hati, lw boleh tawar menawar, merendah rendah harga ibu mintak. so skill tuhh aku da belaja. lepas nih, memang susah laarhhh peniaga na layan aku. 

tang ibu na balik Pontian tuh, aku sedih sikit. yeahh, maybe ade macam budak budak sikit. lepas ibu gerak balik Pontian, terus aku berkurung dalam bilik. sedihh lorh. tak lama lepas tuh, aku mintak izin dengan abah, aku nak balik kediaman kolej aku kat ayer keroh tuh. hurmmm..kat sini cuma aku na cerita, macam mana aku spent time dengan ibu. hahaha. sape tak sayang ibu kan ? oraitt. na sambung buat kerja. salam. 

Wednesday 24 April 2013

hidup mati di tangan Allah s.w.t

memang weekend nihh, aku tana balik rumah Jasin. bukan sebab aku malas or something, aku cuma ingin menyelesaikan semua kerja-kerja aku di hostel, memandangkan, aku banyak kerja tak siap lagi. fuhhh. jangan cakap laa, memang gelabah sendiri. sempat jugak aku siapkan assignment dan design untuk projek sem nih. so aku berasa tenang sikit. 

Pagi Ahad, aku mendapat panggilan. dengan mamai aku melihat siapa yang menelefon aku nih. Fadhilah. ada apakah ? so aku angkat laa fon tuhh. aku seperti dengar tak dengar kerana aku masih lagi belum sedar sepenuhnya dari tidurku. "Hahh ? Pakcik Ghani meninggal ?" terkuat juga suaraku apabila Fadhilah menyatakan dua kali kepadaku, kini aku baru aku sedar, pakcik sudah tiada lagi. Aku terus bangun dan mandi, siap-siap. sebentar lagi aku akan berangkat ke KL untuk menziarah arwah dan keluarganya. 

aku sedikit kesal, kerana kami (satu keluarga) tidak dapat melihat arwah untuk kali terakhir. aku tahu, kesedihan, keperitan untuk menerima kenyataan itu sangat menyakitkan , lebih lebih lagi buat mereka yang terlalu hampir dengan arwah seperti ahli keluarganya yang terdekat. aku menasihati sepupuku supaya bersabar, dan banyak berdoa untuk arwah. 

Abah tidak putus-putus menasihati kami supaya terus sedekah doa untuk arwah. Makcik Sopiah haruslah mencari ikhtiar untuk membesarkan anaknya yang kesemuanya 7 orang. cabaran dan dugaan untuk Makcik Sopiah sungguh besar dan berat untuk memikul kesemua tanggungjawab itu setelah kematian suaminya. untuk arwah , Ghani bin Safiai.. Al-Fatihah .. 

Wednesday 13 March 2013

panggilan malam tadi

aku bangun lewat pagi nih. biasa dengan sikap aku yang biasa ini. bangun bangun, aku mempersiapkan diri, buat apa yang patut. actually aku tade kelas hari ini. kelas malam jee, tu pon kompang. haha. yeahh, aku amek kokurikulum kelab kompang. memang enjoy.

selepas itu, perut aku berbunyi, mintak diisi. aku lihat nasi semalam ngn ikan keli panggang yang aku tak bersentuh tuh. aku rasa nasi nya still baik lagi. ikan keli tuh aku buang. dah ta elok untuk dimakan. kemudian, aku goreng telur. so lauk tengahari aku telur goreng+ nasi putih. aku ta kisah pon makan lauk macam nih. sebab aku tengah tade selera na makan. aku bukan mengada, tapi, kalau perut aku kata tidak, tidak larh. haha.

aku duduk termenung dalam bilik seorang diri. aku teringat pasal semalam. aku call ibu. :) cerita pasal family nih mesti buat aku tersenyum seorang diri. haha. apalah kan. aku bertanyakan khabar juga bercerita sedikit tujuan aku menelefon. aku mendengar gelak tawa ibu dihujung talian. kemudian aku berbual pula dengan abah, tentang urusan bank. selepas itu aku berbual dengan Fadhilah. aku tanya kan, buku yang aku belikan untuk dia itu. bagus ke ta ? selepas itu, zakwan pula mendengar suara aku ditalian. petah sungguh kanak kanak itu bercakap dengan aku. haha. aku bergurau senda dengan zakwan. macam macam aku tanya kan kepada nya.

pada mulanya ibu bercerita tentang karenah zakwan semasa ketiadaan ibu dirumah ketika menghantar adik adik lain ke sekolah. zakwan mengasah pensel dan pensel warnanya sehingga pendek. hahaha. maklumlah, dapat penggorek baru yang aku kirimkan kepada abah untuk zakwan. untunglah kan. berbagai ragam zakwan yang ibu ceritakan. aku bergurau dengan zakwan tentang pengorek pensel itu.

kemudian aku berbual pula dengan hakim. aku bertanyakan tentang hal sekolahnya. :) anis pula seorang pemalu. aku tak rasa dia akan menjawab panggilan aku, hanya mendengar dengusan nafasnya dihujung talian. hahaha. adik adik aku, itulah mereka.

ohh. untuk majlis anugerah dekan hari ini, aku tak pergi.

woahhh, hari yang sungguh tenangg. :)

Tuesday 12 March 2013

rindu

aku baru lepas bangun dari tidur. rasa nyaa aku semakin sihat. tapi hari ini aku tak makan macam biasa. aku hanya bersarapan pagi dan makanan tengahri yang aku bungkus tadi tak bersentuh lagi. kali ini aku memang jimat. sedih juga, kenapa dengan perut aku ini. selalu nya kalau time macam ini, dia mesti dah mintak makan yang pelik pelik.

aku bangun jee, aku terus lepak di bilik nana. bertanya kan dia sedang buat apa. bersahaja aku mengajak dia, "Nana, jom jogging petang petang nih. " tak lama lepas tuh aku fikir balik. tak pernah pernah aku suka jogging, aku ajak orang jogging. pelik. ahhhh . aku ingin sahaja menarik balik kata kata aku tadi. namun, tak apalah, sekiranya memang takdir aku untuk berjogging. hahaha.

kini aku bersendirian dalam bilik, sambil teringat kan sesuatu. sesungguhnya aku rindu ibu, adik adik aku di Pontian, Johor. Ya Allah, sudah lama aku pendamkan perasaan rindu ini. setakat yang mampu aku buat, hanya menghubungi ibu, adik adik melalui talian telefon. betul kata salah seorang lecturer aku, "Penawar yang paling baik, adalah suara ibu. " :)

selepas aku menelefon ibu, aku kembali ceria. itulah setiap kali yang aku akan lakukan untuk mengembirakan hati aku sendiri.  aku tak perlu bercerita apakah masalah aku kepada ibu, tapi cukuplah mengetahui ibu sihat, dan mendengar gelak tawa nya dihujung talian itu sambil dicelahi suara adik adik kecilku. hahaha. comel.

kalau aku tengok gambar nih, mesti aku na gelak seorangg. comelkan mereka ? ini gambar semasa aku cuti panjang baru baru ini. :)

 haha. dari kiri, hakim, anis , zakwan dan Fadhilah. ini semua poyo !
 arghhh, rasa macam na call dorang sekarangg !
ibu. :) sayangg ibu.

satu pagi

okee, tadi aku pergi kelas, aku tak sedar pon kelas pukul sepuluh. aku datang pukul sembilan. biasalah, budak baik. haha.datang sejam awal. so aku ngn azie, pergi laa ke cafe, menikmati sarapan pagi.

azie membulatkan matanya, "wani, ais ! " haahh, aku minum minuman sejuk. tu yang azie membulatkan mata nyaa, tanda dia tak setuju dengan tindakan aku, minum air sejuk. yelarhhh, aku batuk, dia agak prihatin terhadap aku. huhu. tapi an, aku dah beli kan ? so aku minum laa. hahahaha. weck !

masuk kelas, aku agak mengantuk. aku tak cukup tidur malam tadi.  tak selesa. panas. huhu. aku memainkan lagu melalui earphone, sebagai alternatif supaya aku tak mengantuk. erm... even aku tak faham apa yang lecturer cuba sampaikan, aku tetap mengangguk, konon nyaa aku sedang fokus. *ini semua poyo !

hahaha. aku cuma berharap sikap aku ini akan berubah. harapan tanpa usaha pon tak boleh jugak. dianggap pekerjaan yang sia sia. tapi aku cuba untuk kuat kan semangat aku. jap, memang sejak azali larh aku macam nih. "selalu mengantuk, tidur dalam kelas. " sejak aku di bangku sekolah lagi.

jadi, bagi aku, aku memerlukan pengorbanan yang besar untuk menyelesaikan masalah ngntuk di kelas juga sikap malas untuk hadir ke kelas. okee. negatif. unlike. #buat muka slumber. 


Monday 11 March 2013

errr

sejak dari petang tadi aku ta buat apa-apa. kalau aku mula nak bersemangat, nanti adalah halangan dugaan badai yang menimpa. huuu. apakah ? adakah kerana diri ini terlalu banyak berdalih, alasan dan juga malas. aku rasa tiga tiga adalah jawapan yang tepat. 

padahal esok kelas statistics, ade homework. kemudian diikuti dengan kelas heat transfer, dengan kuiz. 

actually aku baru sihat dari kesakitan yang aku alami sebentar tadi. so sekarang, aku berada dalam keadaan tak stabil. dimana seluruh tubuh ku berasa panas di dalam dan di luar. *nak demam aku rasa.* batuk batuk aku pon ta baik lagi. aku ingat semalam da baik. start petang tadi aku mula batuk batuk balik. kenapa iyee ? sebab aku degil. yup, aku suka minum air sejuk. lebih lebih lagi kalau dapat jus or cendol . memang terbaik.

memandangkan keadaan aku semakin baik sekarang nih, apa kata aku teruskan pembelajaran aku yang tertangguh tangguh tuh. huu. lagi pon pakcik da memanggil. dia berurut tadi, badan dia sakit sakit. maybe sebab semalam kot, dia balik dari rumah na ke sini. tempohh tiga kali hujan kat highway. kasihan pakcik. semoga cepat baik larh iyeee. :)

okee, teruskan niat aku tadi. nak belajar. 

*sekadar coretan untuk diri sendiri. na beli buku, ta mampu. jenis malas na menulis. tulisan pon buruk. :p * fakta tuhhh. hahaha.