Wednesday 13 March 2013

panggilan malam tadi

aku bangun lewat pagi nih. biasa dengan sikap aku yang biasa ini. bangun bangun, aku mempersiapkan diri, buat apa yang patut. actually aku tade kelas hari ini. kelas malam jee, tu pon kompang. haha. yeahh, aku amek kokurikulum kelab kompang. memang enjoy.

selepas itu, perut aku berbunyi, mintak diisi. aku lihat nasi semalam ngn ikan keli panggang yang aku tak bersentuh tuh. aku rasa nasi nya still baik lagi. ikan keli tuh aku buang. dah ta elok untuk dimakan. kemudian, aku goreng telur. so lauk tengahari aku telur goreng+ nasi putih. aku ta kisah pon makan lauk macam nih. sebab aku tengah tade selera na makan. aku bukan mengada, tapi, kalau perut aku kata tidak, tidak larh. haha.

aku duduk termenung dalam bilik seorang diri. aku teringat pasal semalam. aku call ibu. :) cerita pasal family nih mesti buat aku tersenyum seorang diri. haha. apalah kan. aku bertanyakan khabar juga bercerita sedikit tujuan aku menelefon. aku mendengar gelak tawa ibu dihujung talian. kemudian aku berbual pula dengan abah, tentang urusan bank. selepas itu aku berbual dengan Fadhilah. aku tanya kan, buku yang aku belikan untuk dia itu. bagus ke ta ? selepas itu, zakwan pula mendengar suara aku ditalian. petah sungguh kanak kanak itu bercakap dengan aku. haha. aku bergurau senda dengan zakwan. macam macam aku tanya kan kepada nya.

pada mulanya ibu bercerita tentang karenah zakwan semasa ketiadaan ibu dirumah ketika menghantar adik adik lain ke sekolah. zakwan mengasah pensel dan pensel warnanya sehingga pendek. hahaha. maklumlah, dapat penggorek baru yang aku kirimkan kepada abah untuk zakwan. untunglah kan. berbagai ragam zakwan yang ibu ceritakan. aku bergurau dengan zakwan tentang pengorek pensel itu.

kemudian aku berbual pula dengan hakim. aku bertanyakan tentang hal sekolahnya. :) anis pula seorang pemalu. aku tak rasa dia akan menjawab panggilan aku, hanya mendengar dengusan nafasnya dihujung talian. hahaha. adik adik aku, itulah mereka.

ohh. untuk majlis anugerah dekan hari ini, aku tak pergi.

woahhh, hari yang sungguh tenangg. :)

Tuesday 12 March 2013

rindu

aku baru lepas bangun dari tidur. rasa nyaa aku semakin sihat. tapi hari ini aku tak makan macam biasa. aku hanya bersarapan pagi dan makanan tengahri yang aku bungkus tadi tak bersentuh lagi. kali ini aku memang jimat. sedih juga, kenapa dengan perut aku ini. selalu nya kalau time macam ini, dia mesti dah mintak makan yang pelik pelik.

aku bangun jee, aku terus lepak di bilik nana. bertanya kan dia sedang buat apa. bersahaja aku mengajak dia, "Nana, jom jogging petang petang nih. " tak lama lepas tuh aku fikir balik. tak pernah pernah aku suka jogging, aku ajak orang jogging. pelik. ahhhh . aku ingin sahaja menarik balik kata kata aku tadi. namun, tak apalah, sekiranya memang takdir aku untuk berjogging. hahaha.

kini aku bersendirian dalam bilik, sambil teringat kan sesuatu. sesungguhnya aku rindu ibu, adik adik aku di Pontian, Johor. Ya Allah, sudah lama aku pendamkan perasaan rindu ini. setakat yang mampu aku buat, hanya menghubungi ibu, adik adik melalui talian telefon. betul kata salah seorang lecturer aku, "Penawar yang paling baik, adalah suara ibu. " :)

selepas aku menelefon ibu, aku kembali ceria. itulah setiap kali yang aku akan lakukan untuk mengembirakan hati aku sendiri.  aku tak perlu bercerita apakah masalah aku kepada ibu, tapi cukuplah mengetahui ibu sihat, dan mendengar gelak tawa nya dihujung talian itu sambil dicelahi suara adik adik kecilku. hahaha. comel.

kalau aku tengok gambar nih, mesti aku na gelak seorangg. comelkan mereka ? ini gambar semasa aku cuti panjang baru baru ini. :)

 haha. dari kiri, hakim, anis , zakwan dan Fadhilah. ini semua poyo !
 arghhh, rasa macam na call dorang sekarangg !
ibu. :) sayangg ibu.

satu pagi

okee, tadi aku pergi kelas, aku tak sedar pon kelas pukul sepuluh. aku datang pukul sembilan. biasalah, budak baik. haha.datang sejam awal. so aku ngn azie, pergi laa ke cafe, menikmati sarapan pagi.

azie membulatkan matanya, "wani, ais ! " haahh, aku minum minuman sejuk. tu yang azie membulatkan mata nyaa, tanda dia tak setuju dengan tindakan aku, minum air sejuk. yelarhhh, aku batuk, dia agak prihatin terhadap aku. huhu. tapi an, aku dah beli kan ? so aku minum laa. hahahaha. weck !

masuk kelas, aku agak mengantuk. aku tak cukup tidur malam tadi.  tak selesa. panas. huhu. aku memainkan lagu melalui earphone, sebagai alternatif supaya aku tak mengantuk. erm... even aku tak faham apa yang lecturer cuba sampaikan, aku tetap mengangguk, konon nyaa aku sedang fokus. *ini semua poyo !

hahaha. aku cuma berharap sikap aku ini akan berubah. harapan tanpa usaha pon tak boleh jugak. dianggap pekerjaan yang sia sia. tapi aku cuba untuk kuat kan semangat aku. jap, memang sejak azali larh aku macam nih. "selalu mengantuk, tidur dalam kelas. " sejak aku di bangku sekolah lagi.

jadi, bagi aku, aku memerlukan pengorbanan yang besar untuk menyelesaikan masalah ngntuk di kelas juga sikap malas untuk hadir ke kelas. okee. negatif. unlike. #buat muka slumber. 


Monday 11 March 2013

errr

sejak dari petang tadi aku ta buat apa-apa. kalau aku mula nak bersemangat, nanti adalah halangan dugaan badai yang menimpa. huuu. apakah ? adakah kerana diri ini terlalu banyak berdalih, alasan dan juga malas. aku rasa tiga tiga adalah jawapan yang tepat. 

padahal esok kelas statistics, ade homework. kemudian diikuti dengan kelas heat transfer, dengan kuiz. 

actually aku baru sihat dari kesakitan yang aku alami sebentar tadi. so sekarang, aku berada dalam keadaan tak stabil. dimana seluruh tubuh ku berasa panas di dalam dan di luar. *nak demam aku rasa.* batuk batuk aku pon ta baik lagi. aku ingat semalam da baik. start petang tadi aku mula batuk batuk balik. kenapa iyee ? sebab aku degil. yup, aku suka minum air sejuk. lebih lebih lagi kalau dapat jus or cendol . memang terbaik.

memandangkan keadaan aku semakin baik sekarang nih, apa kata aku teruskan pembelajaran aku yang tertangguh tangguh tuh. huu. lagi pon pakcik da memanggil. dia berurut tadi, badan dia sakit sakit. maybe sebab semalam kot, dia balik dari rumah na ke sini. tempohh tiga kali hujan kat highway. kasihan pakcik. semoga cepat baik larh iyeee. :)

okee, teruskan niat aku tadi. nak belajar. 

*sekadar coretan untuk diri sendiri. na beli buku, ta mampu. jenis malas na menulis. tulisan pon buruk. :p * fakta tuhhh. hahaha.

abah kata

aku ingat lagi, semalam sebelum aku pulang ke kediaman aku di Bukit Beruang, Ayer Keroh , Melaka. abah sempat berpesan kepada aku, 

"wani, dapat kan 4 flat. " 

heee. tu jeee, alarrrhhhai, assignment tuhhh boleh settle laaa, lain kali buat elok elok. bikin kerja biar kasi mantap. oraitt ? *nak sedapkan hati.* 

kan best kalau aku nih tak fikir benda remeh temeh macam nih. hahaha. 

abah ,

terima kasihh, abah. :)
kasi wani semangat. yeeehaaaa.



cuma rasa

alkisah hidup aku yang masih terumbang ambing. memandangkan aku masuk sem baru, aku semakin tak ada semangat nak meneruskan pengajian ini. aku masih di takuk lama. sekarang sudah tiga minggu berlalu. stress, memikirkan apa yang aku tengah buat sekarang ini.

yeahh . aku marah pada diri aku sendiri. kenapa aku masih macam ini. tak ada rasa na berubah kepada yang lebih baik ke ?

okee, aku tak boleh buat apa. sebab kalau aku na betulkan, aku kena jugak cari kat mana pejabat dr. sekarang nih. aku ingat aku nak send email jee, rupanyaa, email dia pon aku tade, scanner ponn aku tak dapat cari. macam mana aku na hantar. takkan aku na taip balik. banyak kerja kot. "nak seribu daya,..taknak seribu dalih " tulaaa, wani. aku bukan malas. tapi aku dahh cuba. keadaan yang memaksa aku situasi macam nih. kejap lagi dah pukul lima. urmmmm .. lupakan markah assignment aku tuhh.

"AKU NAMPAK MASA DEPAN."


aku nak semangat aku balik.