Wednesday 24 April 2013

hidup mati di tangan Allah s.w.t

memang weekend nihh, aku tana balik rumah Jasin. bukan sebab aku malas or something, aku cuma ingin menyelesaikan semua kerja-kerja aku di hostel, memandangkan, aku banyak kerja tak siap lagi. fuhhh. jangan cakap laa, memang gelabah sendiri. sempat jugak aku siapkan assignment dan design untuk projek sem nih. so aku berasa tenang sikit. 

Pagi Ahad, aku mendapat panggilan. dengan mamai aku melihat siapa yang menelefon aku nih. Fadhilah. ada apakah ? so aku angkat laa fon tuhh. aku seperti dengar tak dengar kerana aku masih lagi belum sedar sepenuhnya dari tidurku. "Hahh ? Pakcik Ghani meninggal ?" terkuat juga suaraku apabila Fadhilah menyatakan dua kali kepadaku, kini aku baru aku sedar, pakcik sudah tiada lagi. Aku terus bangun dan mandi, siap-siap. sebentar lagi aku akan berangkat ke KL untuk menziarah arwah dan keluarganya. 

aku sedikit kesal, kerana kami (satu keluarga) tidak dapat melihat arwah untuk kali terakhir. aku tahu, kesedihan, keperitan untuk menerima kenyataan itu sangat menyakitkan , lebih lebih lagi buat mereka yang terlalu hampir dengan arwah seperti ahli keluarganya yang terdekat. aku menasihati sepupuku supaya bersabar, dan banyak berdoa untuk arwah. 

Abah tidak putus-putus menasihati kami supaya terus sedekah doa untuk arwah. Makcik Sopiah haruslah mencari ikhtiar untuk membesarkan anaknya yang kesemuanya 7 orang. cabaran dan dugaan untuk Makcik Sopiah sungguh besar dan berat untuk memikul kesemua tanggungjawab itu setelah kematian suaminya. untuk arwah , Ghani bin Safiai.. Al-Fatihah .. 

No comments:

Post a Comment